| Pusat Jagaan Anakku Comel beroperasi di UMP |
|
|
|
| Ditulis oleh Administrator |
| Rabu, 09 Jun 2010 01:17 |
|
Badan Kebajikan & Sukan Staf (BKSS) dengan kerjasama Pusat Jagaan dan Taska Anakku Comel telah memulakan operasi dengan pembukaan Taska 6 di No.1 & 3 Perkampungan Perdana UMP sejak setahun lalu. Menurut pengusahanya, Pn. Siti Salmah Ibrahim, selain pusat jagaan kanak-kanak, taska ini juga menyediakan perkhidmatan Kelas KAFA Anakku Comel dengan modul pengajaran yang bersesuaian dengan anak-anak yang berumur dari dua (2) tahun hingga enam (6) tahun dan yang berumur dari tujuh ( 7) tahun hingga 12 tahun. “Bagi anak-anak yang berumur 2 hingga 6 tahun, antara modul yang diberi penekanan ialah perkasa asa Fadhu Ain, Bacaan Iqra’, Tulisan Jawi, bahasa Arab, Asas Pelajaran Tajwid dan Sirah Nabi-nabi. Berbeza dengan yang berumur tujuh (7) tahun ke atas, pelajar akan diajar dengan bacaan Al-Quran. Menurut Pn. Siti, Pusat Jagaan Anakku Comel telah mempunyai 5 cawangan yang semuanya terletak di Kuantan dan sebuah Taska di UMP. Pengasuh yang terlatih dan berpengalaman melebihi 16 tahun amat meyakinkan serta berdaftar dengan Jabatan kebajikan Masyarakat. Di Taska UMP, seramai 22 orang kanak-kanak berumur dua (2) hingga lima (5) tahun telah diajar dengan Modul Bacalah Anakku, kelas Bahasa Inggeris, Bacaan Iqra’, program mewarna dan aktiviti luar. Sementara itu, seramai 17 orang anak kecil di bawah dua (2) tahun di Pusat Asuhan yang letaknya bersebelahan dengan Taska. Selain itu, beberapa program juga diadakan seperti lawatan sambil belajar, peraduan mewarna bersama Mc. Donalds, program cuti sekolah, Majlis hari Ibu bapa dan lain-lain. Sebarang maklumat mengenai Pusat Jagaan Taska Anakku Comel boleh mengubungi Pn. Siti Salmah Ibrahim di talian 09-5737757 atau 012-9604554. |
| LAST_UPDATED2 |